Anggota PDRM Terlibat Dalam Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya?

TULAR:
2953

PALSU:

Tular di media sosial satu klip video dan gambar yang mendakwa kononnya seorang anggota PDRM terlibat dalam rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan penglibatan anggotanya dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariaman, Seafield, pada pagi Isnin di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau menjelaskan video dan gambar individu yang tular di media sosial berpakaian uniform polis yang dikaitkan dengan rusuhan kuil baru-baru ini adalah tidak benar.

“Itu salah, dia bukan polis, kami dah buat semakan dan hasil, individu terbabit bukan anggota polis, dia hanyalah polis sukarelawan simpanan atau PVR yang telah lama dibuang perkhidmatan.”

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI