PENJELASAN:
Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan mengenakan cukai terhadap badan agama sepertimana yang hangat diperkatakan.
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bukan bertujuan mengenakan cukai terhadap badan agama, sebaliknya untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata pindaan tersebut terpakai bagi semua badan agama termasuk Islam dan bukan Islam untuk melayakkannya dikecualikan daripada membayar cukai bermula dari taksiran tahun 2017.
SUMBER: