KFC Didakwa Tidak Halal?

TULAR:
2443

PALSU :

Tular media sosial dakwaan kononnya KFC tidak halal berikutan cara pemprosesan ayam di kilang KFC yang diragui.

 

 

 

 

 

Sumber gambar: Blogspot


SEBENARNYA :

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan berkaitan status halal KFC yang tular.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook, Jakim berkata, maklumat yang tersebar sejak tahun 2007 berkenaan laporan tinjauan Ustaz Daud Che Ngah ke loji pemprosesan ayam KFC adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI