Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya lapan orang pegawai polis tidak beruniform telah membawa parang ketika melakukan satu serbuan dadah di sebuah kondominium.
Gambar hiasan. Sumber gambar: Myparang.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad, tuduhan bahawa polis membawa parang dalam satu serbuan dadah adalah tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali.
“Polis ingin menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan polis ada membawa parang selain pengadu (individu yang membuat dakwaan) ini tiada di rumah tersebut semasa serbuan dijalankan. ”
Beliau berkata, serbuan di dalam sebuah unit kondominium itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kegiatan dadah. ACP Ali menegaskan, segala tindakan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang serta berpandukan bukti dan keterangan yang diperolehi hasil siasatan yang dijalankan.
MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami TIDAK PASTI JANGAN KONGSI