Projek KTCC-LTSM Libatkan Tanah Penduduk?

TULAR:
467

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya projek pembinaan dan naik taraf jalan pantai yang menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) akan melibatkan tanah penduduk.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, projek pembinaan dan naik taraf jalan pantai yang menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan kos RM60 juta tidak melibatkan tanah penduduk.

Beliau berkata, laluan asal yang terkena tanah penduduk telah dialih ke laluan baharu di pesisir pantai. “Projek jalan itu nanti tidak akan melibatkan pengambilan tanah penduduk kerana sebahagiannya dibina di atas kawasan pantai yang ditambak …benteng-benteng akan dibina bagi melindungi laluan ini daripada hakisan.”

SUMBER:

Bernama

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI