Individu Mengganggu Lalu Lintas Di Kota Kinabalu?

TULAR:
367

PENJELASAN:

Pihak polis memperjelaskan laporan bahawa terdapat individu yang mengganggu lalu lintas di Plaza Likas, Kota Kinabalu berikutan penyebaran sebuah video yang menunjukkan individu tersebut memanjat bumbung kenderaan  serta meronta-ronta sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisiner M Chandra, suspek disahkan berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

“Suspek kemudian memanjat bumbung sebuah Perodua Myvi warna putih yang berhenti di bulatan Jalan Pasir sebelum ditangkap oleh orang awam di kawasan terbabit. ”

Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes curi sebuah Toyota Hilux bersama seorang rakannya yang masih bebas di tepi jalan sekitar Karamunsing.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu direman sejak Isnin lalu hingga 1 Februari 2018 untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.”

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI