PDRM Menggunakan Dua Buah Kenderaan Polis Negara China?

TULAR:
1507

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan berhubung gambar tular yang mendakwa kononnya dua buah kenderaan polis negara China digunakan oleh pasukan PDRM.

 

Sumber gambar : Facebook

Menurut PDRM ,  kedua-dua buah kenderaan tersebut digunakan oleh sebuah syarikat perfileman yang sedang membuat penggambaraan filem bertajuk “The Original Sin” di sekitar Putrajaya. Filem yang mengisahkan tentang kehidupan seorang pegawai polis di Bandaraya rekaan (Ficticious) Han City ini, adalah untuk tayangan / pasaran di negara China.

PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan di sebuah laman Facebook yang menggunakan gambar bekas pemimpin negara tersebut kerana ia jelas berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI