Boikot Produk EU Bakal Jejaskan Penduduk Malaysia?

TULAR:
790

PENJELASAN:

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia akan terkesan jika kerajaan memboikot produk makanan dan hasil pertanian dari negara Kesatuan Eropah (EU) berikutan cadangan pengharaman produk sawit oleh kesatuan itu.
Sumber gambar: Facebook.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Malaysia tidak akan terkesan dengan apa-apa boikot barangan import dari EU, kerana kebanyakan produk yang diimport dari negara EU itu merupakan hasil tenusu yang diketahui bukan makanan asas rakyat negara ini, dan bukanlah barangan makanan asas seperti beras atau pun daging.
“Kita import adalah makanan yang bukan keperluan seperti keju dan produk tenusu lain. Kita tahu bukan semua rakyat menggunakan produk-produk ini. Jadi kita tidak perlu risau kalau kerajaan buat keputusan boikot produk mereka (EU),” katanya.

SUMBER:

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI