JPJ Beri Tawaran Istimewa Baharu Lesen Memandu Yang Tamat Lebih Tiga Tahun?

TULAR:
6864

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan tawaran istimewa kepada pemegang lesen memandu yang sudah tamat tarikh luput lebih tiga tahun.

Gambar hiasan. Sumber: Astro Awani

SEBENARNYA:

JPJ menafikan berita yang kononnya pihaknya menawarkan tawaran istimewa kepada pemegang lesen memandu yang sudah tamat tarikh luput lebih tiga tahun.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, semua pemegang lesen yang tidak memperbaharui lesen mereka lebih tiga tahun perlu menjalani ujian khas yang ditetapkan undang-undang.

SUMBER:

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI