Panggilan Ancaman Bom Daripada Kumpulan Pengganas Daesh?

TULAR:
398

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa 12 pusat servis sebuah syarikat kenderaan import di lapan negeri menerima panggilan ancaman bom daripada individu yang mendakwa sebagai kumpulan pengganas Daesh.

Gambar hiasan. Sumber: Wikipedia

SEBENARNYA:

Dakwaan 12 pusat servis sebuah syarikat kenderaan import di lapan negeri menerima panggilan ancaman bom daripada individu yang mendakwa sebagai kumpulan pengganas Daesh adalah panggilan palsu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, sebaik menerima maklumat, Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia menjalankan pemeriksaan di semua premis berkenaan dan mendapati ia tidak benar.

“Kita dapati semua ancaman yang dilaporkan suspek kepada kakitangan semua pusat servis itu adalah tidak benar.”

 

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI