Filipina Membuat Tuntutan Ke Atas Sabah?

TULAR:
607

PENJELASAN:

Kementerian Luar Negeri (KLN) memperjelaskan mengenai kenyataan En. Aquilino Pimentel Jr, Ahli Jawatankuasa Konsultasi Filipina yang disiarkan di dalam media massa berkenaan tuntutan ke atas Sabah.

Sumber gambar : Facebook

Kerajaan Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah. Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak 16 September 1963.

Sehubungan itu, kenyataan yang tidak berasas seperti ini bukan sahaja mendedahkan kecetekan ilmu mengenai sejarah dan undang-undang antarabangsa, malah mampu merenggangkan hubungan hubungan dua hala yang sangat baik antara Malaysia dan Filipina.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Luar Negeri

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI