SEBENARNYA:
Polis Labuan menafikan berita tular dalam media sosial yang mendakwa anggotanya mengeluarkan saman terhadap orang ramai atas kesalahan tidak memakai topeng muka susulan penularan wabak COVID-19.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, menegaskan berita berkenaan adalah palsu.
Jelas beliau, “Tiada anggota polis yang mengenakan saman berjumlah RM250 atas kesalahan tidak memakai topeng muka di sekitar sebuah pasar raya, di Labuan.”