3 Pelanggan NSK Kuchai Lama Disahkan Positif COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
3037

SEBENARNYA:

Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC, pihak NSK telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Menurut kenyataan NSK:

Kami ingin menjelaskan mengenai mesej yang tersebar di kumpulan Whatsapp mendakwa bahawa 3 pelanggan kami di NSK KUCHAI LAMA telah diuji positif untuk Covid-19 dan menasihati orang ramai supaya tidak melawat NSK KUCHAI LAMA.

Kami ingin menjelaskan bahawa ini adalah Berita PALSU kerana tidak ada pelanggan kami di NSK KUCHAI LAMA yang diuji positif untuk Covid-19 dan kami menafikan dakwaan berikut.

SUMBER:

Facebook Rasmi NSK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI