Polis Labuan Saman Orang Awam Yang Tidak Memakai Penutup Mulut Dan Hidung Adalah Palsu

TULAR:
1137

SEBENARNYA:

Polis Labuan menafikan berita tular dalam media sosial yang mendakwa anggotanya mengeluarkan saman terhadap orang ramai atas kesalahan tidak memakai topeng muka susulan penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, menegaskan berita berkenaan adalah palsu.

Jelas beliau, “Tiada anggota polis yang mengenakan saman berjumlah RM250 atas kesalahan tidak memakai topeng muka di sekitar sebuah pasar raya, di Labuan.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI