Polis Perangkap Had Laju Dari Atas Pokok?

TULAR:
913

PALSU :

Tersebar luas di media sosial gambar menunjukkan kononnya anggota JSPT melakukan operasi had laju secara bersembunyi di atas pokok.

Sumber Gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM telah menafikan tular anggota JSPT melakukan operasi had laju secara bersembunyi di atas pokok.

JSPT telah meneliti dan mengenalpasti bahawa kejadian tersebut berlaku di luar negara dan bukan di Malaysia. Operasi had laju dilakukan dalam lingkungan 2 ke 3 km dari papan tanda had laju dan mesti dilakukan tanpa bersembunyi. Menurut Chinapress, insiden tersebut berlaku di Thailand.

SUMBER :

Facebook JSPT PDRM

Chinapress


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI