Gelombang Haba Akan Melanda Malaysia Semasa Fenomena Ekuinoks?

TULAR:
569

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya gelombang haba yang merbahaya akan melanda Malaysia semasa Fenomena Ekuinoks.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 16 Mac 2017 menafikan tular berkaitan gelombang haba yang melanda semasa Fenomena Ekuinoks yang telah tersebar luas melalui media sosial.

Menurut kenyataan MetMalaysia, memandangkan Negara terletak berhampiran khatulistiwa, terdapat sedikit kenaikan suhu harian dalam tempoh tersebut sekiranya tiada liputan awan. Walau bagaimanapun kenaikan suhu dijangka tidak menyebabkan gelombang haba seperti mana yang disebarkan.

SUMBER :

Jabatan Meteorologi Malaysia

Facebook Rasmi MMD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI