
PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya bilik kebal Pentadbiran Tanah Johor dibolosi dan dokumen pemilikan tanah hilang.

SEBENARNYA:
Bilik kebal Pentadbiran Tanah Johor tidak dibolosi dan tiada sebarang dokumen pemilikan tanah hilang sebagaimana didakwa pihak tertentu.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, Mohd. Halim Hasbullah menegaskan, pihaknya sentiasa mengambil langkah keselamatan termasuk mematuhi segala prosedur ditetapkan bagi semua urusan di pejabat tersebut.
Dalam masa sama, katanya, PTG Johor juga memberi jaminan bahawa dokumen hak milik tanah Pendaftar yang disimpan di semua bilik kebal Pentadbiran Tanah Johor berada dalam keadaan selamat daripada sebarang pencerobohan.
SUMBER: