PENJELASAN :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan kononnya syarikat makanan Auntie Anne’s adalah tidak halal sepertimana yang tular di media sosial.
Dalam kenyataannya, dakwaan bahawa JAKIM mengesahkan produk makanan Auntie Anne’s tidak halal adalah tidak benar sama sekali.
JAKIM juga memaklumkan bahawa pihak syarikat pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum ini namun ianya tidak dapat diproses atas beberapa isu teknikal seperti dokumen sokongan bahan ramuan.
Namun selepas beberapa penambahbaikan dilakukan, kini status produk makanan Auntie Anne’s adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
SUMBER :