PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa jenama produk Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya. Ada juga yang mendakwa bahawa kedua-dua produk berkenaan menggunakan najis tahi lembu di dalam produk mereka.
SEBENARNYA :
Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan, maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
SUMBER :
Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim