Tidak Boleh Mengecas Telefon Bimbit Di Hospital?

TULAR:
1745

PALSU :

Tular di media sosial satu ‘pekeliling larangan’ dakwaan bahawa mengecas telefon bimbit di soket elektrik berdekatan panel bekalan oksigen adalah dilarang di hospital kerana gelombang dari telefon bimbit  boleh menyebabkan  kebakaran.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mengecas telefon bimbit di soket elektrik berdekatan panel bekalan oksigen boleh menjadi punca kebakaran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyifatkan ‘pekeliling larangan’ yang menjadi tular itu adalah tidak logik sama sekali.

SUMBER :

Keratan Akhbar MOH

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI