Kakitangan Hospital Sultanah Aminah yang Melecur Meninggal Dunia?

TULAR:
212

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang melecur akibat kebakaran yang berlaku telah meninggal dunia.

Gambar hiasan. Sumber: Harian Metro.

SEBENARNYA :

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Rooshaimi Merican A Rahim Merican menafikan berita kematian mangsa kebakaran yang merupakan jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang viral di media sosial.

Beliau berkata, Nurul Ain Zulkurnain dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menurutnya, manakala dua lagi jururawat juga stabil dan masih mendapatkan rawatan di HSI.

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI