PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya produk makanan dalam tin keluaran Thailand, terutamanya buah-buahan seperti longan, laici, rambutan dan mangga puding adalah dilarang untuk dimakan ekoran tercemar dengan darah pembawa Human Immunodeficiency Virus (HIV) dari Thailand.
Versi Terkini. Tular: Oktober 2018
Versi Terdahulu. Tular: Januari 2018
Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2017
Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017
SEBENARNYA:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di media sosial berkaitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam buah-buahan dalam tin daripada Thailand. KKM ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut adalah tidak berasas.
KKM juga telah mendapat pengesahan dari pihak kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita tersebut adalah tidak berasas. Walau bagaimanapun, KKM sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat.
SUMBER:
Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM