Operasi Menyelamat Seorang Remaja Di Taman Putra Perdana Puchong Tidak Mengikut Prosedur?

TULAR:
1848

PENJELASAN:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperjelaskan dakwaan bahawa anggota bomba tidak menjalankan operasi mengikut prosedur dalam mencari dan menyelamatkan seorang remaja di lombong Taman Putra Perdana Puchong.

Sumber gambar: Facebook

Kesemua anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong Taman Putra Perdana Puchong malam tadi (3 Oktober 2018) telah menjalankan operasi mengikut prosedur.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid berkata operasi oleh anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) itu juga dijalankan dengan menggunakan peralatan khas.

Namun jelasnya mereka termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat.

Anggota bomba yang lain berjaya membawa mereka naik dan memberikan bantuan pernafasan namun mereka disahkan meninggal dunia.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI