Produk Buah-Buahan Dalam Tin Dari Thailand Dicemari Darah Pembawa Virus HIV?

TULAR:
3578

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya produk makanan dalam tin keluaran Thailand, terutamanya buah-buahan seperti longan, laici, rambutan dan mangga puding adalah dilarang untuk dimakan ekoran tercemar dengan darah pembawa Human Immunodeficiency Virus (HIV) dari Thailand.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: WhatsApp

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di media sosial berkaitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam buah-buahan dalam tin daripada Thailand. KKM ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut adalah tidak berasas.

KKM juga telah mendapat pengesahan dari pihak kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita tersebut adalah tidak berasas. Walau bagaimanapun, KKM sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat.

SUMBER:

Ketua Pengarah Kesihatan

Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI