Produk Kuaci Dan Kacang Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
12428

PALSU:

Tular kembali di media sosial sebuah mesej yang dikitar semula, yang mengandungi beberapa gambar yang menunjukkan longgokan kacang cap Pagoda, Ngan Yin dan kuaci yang diletakkan di satu sudut sebuah pasar raya dan dilabelkan sebagai tidak halal.

Versi Terkini. Tular: Januari 2019

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mac 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2016

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Bahagian Hab Halal Jakim memaklumkan ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM pada 09 Januari 2016.

Perlu diketahui bahawa pihak pasaraya juga telah memberi penjelasan berkenaan insiden tersebut kepada pihak JAKIM melalui suratnya yang bertarikh 08 Januari 2016.

Antara lain isi kandungan surat tersebut ialah berkenaan permohonan maaf dari pihak pasaraya atas kesilapan pelabelan pada produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Berdasarkan semakan pihak JAKIM jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd serta produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.

Justeru, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan status dan isu-isu halal yang tular di luar sana.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI