SPRM Hantar Surat Untuk Tutup Kes?

TULAR:
1716
Sumber gambar: Facebook

PALSU:

Tular di media sosial sepucuk surat yang kononnya daripada Ketua Bahagian Penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tawaran sejumlah amaun ke akaun bitcoin untuk menutup kes.

Versi 1:

Sumber gambar: Sinar Harian

Versi 2:

Sumber gambar: Free Malaysia Today

SEBENARNYA:

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah.

Menurutnya, SPRM telah menerima 11 aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu berkenaan sejak kebelakangan ini.

Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima sebarang surat yang meragukan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.

SUMBER:

Astro Awani

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI