Kanak-Kanak Diculik Di Sekitar Kawasan Masai dan Pasir Gudang?

TULAR:
9990
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial rakaman suara serta gambar yang mendakwa bahawa terdapat kejadian menculik kanak-kanak di sekitar kawasan Masai dan Pasir Gudang baru-baru ini.

Sumber Gambar : WhatsApp

SEBENARNYA:

Polis Daerah Seri Alam menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik suara dalam beberapa rakaman yang tular berhubung dakwaan palsu kejadian menculik kanak-kanak di sekitar kawasan Masai dan Pasir Gudang, sejak akhir-akhir ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari, sudah beberapa kali pihaknya menerima maklumat penularan rakaman suara yang menyatakan insiden tidak benar tular di laman sosial. “Untuk makluman, individu yang sama beberapa kali membuat tular suara (rakaman) melalui laman sosial mengenai perkara tidak benar yang mana secara langsung ia membangkitkan kegusaran kepada masyarakat. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu terbabit untuk diambil tindakan undang-undang,”

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap persekitaran dan mengingatkan anak-anak untuk sentiasa waspada terhadap mana-mana individu yang tidak dikenali atau yang mencurigakan dan cuba menghampiri mereka. Pada masa sama, orang ramai juga diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang berita atau kenyataan yang belum pasti kesahihannya menerusi apa jua aplikasi atau laman media sosial.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI