Jenazah Kanak-Kanak Dijumpai Di Dusun Damai Pagoh, Muar?

TULAR:
9953
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial berhubung dakwaan kononnya jenazah kanak-kanak telah dijumpai dengan isi perut telah diambil.

Sumber gambar: Facebook Polis Daerah Muar

SEBENARNYA:


Menurut kenyataan rasmi Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Bin Rasip:

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengesahkan tiada menerima sebarang laporan polis berkaitan kes yang ditular serta tiada kejadian seperti yang dilaporkan berlaku di Dusun Damai Pagoh, Muar.

Semakan telah dibuat dan kes yang ditular ini merupakan kes yang berlaku di Seberang Perai pada 22 Januari 2019 dimana laporan polis telah dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak. Kes ini telah selesai di mana kanak-kanak ini telah dijumpai di salah sebuah pasaraya di Pulau Pinang dalam keadaan selamat pada 23 Januari 2019. Laporan polis berkaitan penjumpaan kanak-kanak juga telah dibuat.

Sehubungan itu, pihak Polis Daerah Muar menasihati mana-mana individu atau pengguna media sosial menghentikan penyebaran isu-isu sensitif dan berita tidak benar dari mana-mana saluran media perkongsian. Sebarang maklumat yang diterima perlu di rujuk kepada pihak polis bagi mendapatkan fakta yang sebenar sebelum membuat penyebaran di dalam media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Muar

Facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI