Terdapat Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan Menawarkan Projek Khas?

TULAR:
1060

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan projek khas di KPM.

Sumber gambar: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

KPM tidak bertanggungjawab atas perbuatan pihak-pihak tersebut yang menyamar sebagai pegawai kanan KPM.

Justeru, orang ramai yang menerima surat tawaran atau panggilan telefon daripada pihak terbabit dinasihatkan agar membuat laporan polis.

Pada masa ini, urusan tender di KPM dilaksanakan secara dalam talian (ePerolehan) melalui kaedah tender terbuka dan secara telus

SUMBER:

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI