Mahkamah Tangguh Aktiviti Penguatkuasaan Larangan Merokok Di Tempat Makan?

TULAR:
1259

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak mahkamah menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan ditangguhkan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini TIADA sebarang arahan daripada mahkamah bagi memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan.

Justeru itu, adalah diingatkan kepada semua pihak agar terus mematuhi Peraturan ini dan KKM akan terus menjalankan aktiviti penguatkuasaan pendidikan sehingga Jun 2019. Ini akan diikuti dengan penguatkuasaan sepenuhnya pada Julai 2019. Pelaksanaan larangan merokok di tempat makan dibuat selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dalam melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap produk tembakau dan rokok.

Semua lapisan masyarakat diseru agar menerima pelaksanaan larangan merokok ini sebagai satu langkah yang positif bagi meningkatkan tahap kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI