1% Caj Penalti Akan Dikenakan Setiap Hari Jika Lewat Bayar Bil Elektrik?

TULAR:
13253

PENJELASAN:

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperjelaskan lebih terperinci berkenaan formula pengiraan caj penalti lewat bayar bil elektrik, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut TNB:

Formula pengiraan caj penalti lewat bayar yang dikongsikan kurang tepat.

TNB akan mengeluarkan bil untuk penggunaan elektrik sebulan dan pelanggan diberi tempoh 30 hari dari tarikh bil untuk membuat pembayaran. 

Sekiranya pembayaran bil dibuat selepas tempoh ini, caj penalti lewat bayar (1% sebulan dari jumlah keseluruhan bil) akan dikenakan. Pengiraannya adalah seperti berikut:

Jumlah bil – RM500
Tarikh bil – 1 November 2018
Perlu bayar sebelum – 30 November 2018
Tarikh pembayaran – 5 Disember 2018 (lewat 5 hari)
Kiraan caj penalti lewat bayar: RM500 x 1% x 5/30 hari = RM0.83

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI