Terdapat Produk Yang Boleh Mengesan DNA Babi Dalam Makanan?

TULAR:
1796

PENJELASAN:

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan lebih lanjut berkenaan penjualan produk yang kononnya boleh mengesan DNA babi dalam makanan.

Sumber gambar: Facebook

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim menasihatkan pengguna agar berhati-hati dan tidak terkeliru dengan produk seperti ini . Ini kerana pengesahan kandungan sesuatu produk hanya boleh dibuat oleh pihak yang berautoriti dn diekreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia sahaja dengan kriteria-kriteria tertentu. Buat masa ini, hanya keputusan oleh Makmal Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan DNA babi di dalam produk makanan.

Penggunaan alat mengesan DNA babi dalam produk tanpa autoriti dan dilakukan secara individu, dibimbangi akan menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi Ketua Pengarah JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI