
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):
MOF memaklumkan bahawa harga bahan api bersubsidi kekal pada kadar yang telah ditetapkan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara serta mengurangkan impak kenaikan kos sara hidup.
Menurut kenyataan rasmi bertarikh 3 Jun 2026, harga petrol dan diesel bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut:
- RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter
- Diesel di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan: RM2.15 seliter
- Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS): RM2.05 seliter
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS): RM2.15 seliter
Di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), Kerajaan MADANI mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter bagi lebih 14 juta penerima yang layak.
Berdasarkan harga RON95 tanpa subsidi semasa sebanyak RM3.72 seliter, penggunaan 200 liter sebulan dianggarkan menelan kos RM744. Ini bermakna Kerajaan MADANI menanggung subsidi sebanyak RM346 bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95, manakala penerima hanya perlu membayar RM398 bagi penggunaan tersebut.
Selain itu, harga diesel tanpa subsidi yang berada pada RM4.67 seliter adalah lebih dua kali ganda berbanding harga diesel bersubsidi RM2.15 seliter. Langkah ini bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga diesel terhadap rakyat, khususnya melalui kos pengangkutan awam dan logistik barangan pengguna.
Kerajaan turut menegaskan komitmennya untuk terus mengimbangi keperluan fiskal negara dengan usaha melindungi rakyat daripada kesan turun naik harga bahan api serta memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.
SUMBER:






