PENJELASAN:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan isu status halal pelbagai produk makanan haiwan dari sumber yang tidak halal, sepertimana yang tular di media sosial.
Versi Terkini. Tular: Disember 2017
Versi Terdahulu. Tular: Jun 2017
Menurut Bahagian Hab Halal Jakim, sehingga kini Jakim tidak pernah memberi sebarang pengesahan halal kepada produk makanan haiwan.
Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melalui Seksyen Quarantine Import Export (SQIE) menegaskan bahawa tiada penggunaan enzim babi dalam sumber protein makanan haiwan seperti yang disebarkan. Sumber protein yang digunakan adalah berpunca daripada bovine (lembu) dan poultry (unggas).
Sehubungan itu, pengguna tidak perlu meragui akan produk ayam keluaran industri yang telah mendapat pengesahan Halal Malaysia.
SUMBER:
Facebook Bahagian Hab Halal Jakim
Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar