Remaja 16 Tahun Dipukul Sehingga Mati Di Tangkak, Johor?

TULAR:
677

PALSU:

Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya kes pukul hingga mati remaja berusia 16 tahun telah berlaku di daerah Tangkak, Johor.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menafikan kes pukul hingga mati remaja berusia 16 tahun berlaku di daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kes berkenaan terjadi di Melaka Tengah dan polis Melaka kini masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian remaja tersebut.

 

SUMBER : 

Facebook Polis Johor

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI