PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononnya projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dilaksanakan diatas desakan daripada negara China.
SEBENARNYA :
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, pembangunan negara sebelum ini menyaksikan ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah Pantai Timur dan Panta Barat. Sehubungan itu, kerajaan merangka ECRL untuk merapatkan jurang sosioekonomi masyarakat di Pantai Timur, malah projek mega berkenaan dijangka menyumbang kepada 1.5 peratus Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK).
“Kita buat projek berskala besar bukan secara membuta-tuli, sebaliknya dirangka selepas membuat pelbagai kajian dan perbincangan dengan Kerajaan Terengganu. Oleh itu, dakwaan bahawa kita terikut-ikut desakan kuasa luar dari China dalam projek pembangunan ECRL adalah tidak benar.”
SUMBER :