Menyimpan Kad Pengenalan Orang Lain Satu Kesalahan?

TULAR:
25378
Sumber gambar : JPN

PENJELASAN:

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) memperjelaskan dakwaan bahawa menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi sebuah kesalahan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Jabatan Pendaftaran Negara

Menurut JPN, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

SUMBER:

1. Facebook Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)

2. Facebook Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI