Proses Mendapatkan Sijil Halal JAKIM Lambat ?

TULAR:
971

PENJELASAN :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kelewatan mendapatkan sijil halal JAKIM yang dihadapi peniaga, khususnya pengusaha perusahaan kecil dan sederhana sepertimana yang hangat diperkatan di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber gambar : JAKIM

 

Menurut JAKIM, kelewatan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dihadapi peniaga, khususnya pengusaha perusahaan kecil dan sederhana, adalah isu lama yang sudah diatasi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata JAKIM sudah mempercepatkan proses pengeluaran sijil halal melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri.

SUMBER :
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI