Pencerobohan Nelayan Vietnam Di Perairan Sabah Semakin Serius?

TULAR:
667
Sumber gambar : Malaysia Flags

PALSU:

Tular di media sosial laporan kononnya pencerobohan nelayan asing terutamanya nelayan Vietnam di Sabah semakin serius .

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa isu pencerobohan nelayan asing terutamanya warga Vietnam di Sabah semakin serius dan perlu dilihat sebagai krisis negara yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Mohd Zubil Mat Som berkata, hanya lapan tangkapan bot nelayan asing dilaporkan daripada 6,715 pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Maritim pada tahun 2016.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI