Permohonan Pinjaman TEKUN Melalui Orang Tengah?

TULAR:
919

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan pihak yang menawarkan diri menjadi orang tengah membuat permohonan pinjaman kewangan kepada agensi kerajaan, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Sumber gambar: TEKUN Nasional.

Pihak TEKUN Nasional dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam urusan permohonan mahupun bayaran balik pembiayaan.

Katanya lagi, permohonan pembiayaan TEKUN haruslah dipohon terus di Pejabat TEKUN Cawangan berhampiran tanpa melalui pihak ketiga, atau maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.tekun.gov.my atau mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional berhampiran.

SUMBER :

Facebook TEKUN Nasional


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI