PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kilang pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) bakal menutup operasinya di Tanjung Malim, Perak.
SEBENARNYA :
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan kilang pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd masih beroperasi seperti biasa dan tidak bercadang untuk menutup operasinya di Tanjung Malim.
Menurut beliau, pihak Proton tidak bercadang menutup kawasan industri mereka, khususnya kawasan Proton Tanjung Malim.