Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH020 Terhempas?

TULAR:
602

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa  pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH020 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Paris telah terhempas di Leon, Paris dan kononnya kesemua 350 orang penumpang telah terkorban dalam nahas tersebut.

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan khabar angin yang tersebar dalam laman sosial bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Perancis.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, MAS tidak lagi menawarkan perkhidmatan ke Paris selepas tidak memberhentikan Penerbangan MH020 ke ibu negara Perancis itu pada 20 Januari 2016.

SUMBER :

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia – Official Facebook

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI