Kebanyakan Produk Dengan Logo Halal JAKIM Sebenarnya Tidak Halal?

TULAR:
2072

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kebanyakan produk yang mempunyai logo halal JAKIM adalah sebenarnya tidak halal.

 

Gambar hiasan. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan penyebaran maklumat palsu yang mendakwa bahawa produk yang berlogo halal JAKIM sebenarnya tidak halal.

Bahagian Hab Halal JAKIM berkata, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

SUMBER :

Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI