PENJELASAN :
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperjelaskan dakwaan bahawa pembunuhan mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais punyai kaitan dalam kes dana RM2.6 bilion dan skandal SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB sepertimana yang dilaporkan media.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menolak tanggapan bahawa pembunuhan mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan pasukan pendakwaan dalam kes dana RM2.6 bilion dan skandal SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB.
Sebaliknya Datuk Seri Mohd Shukri menegaskan, pembunuhan Kevin Morais berkaitan dengan Ketua Patalogi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Dr Kunasegaran yang berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan harta serta rasuah.