Akta Antiberita Tidak Benar Akan Dimansuh?

TULAR:
622

PENJELASAN :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan laporan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar akan dimansuhkan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Bernama

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, YB Gobind Singh Deo berkata, KKMM akan menubuhkan sebuah pasukan pakar undang-undang untuk mengkaji sama ada Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan April lepas patut dimansuhkan atau dipinda.

Gobind berkata, beliau dan pasukan itu akan mengkaji semua perkara berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar sebelum mengemukakan satu cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Kabinet yang bakal diadakan pada 23 Mei 2018.

SUMBER :

Astro Awani

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI