Punca Pembunuhan Seorang Timbalan Pendakwa Raya Akibat Campur Tangan Urusan Dana Kerajaan?

TULAR:
877

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperjelaskan dakwaan bahawa pembunuhan mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais punyai kaitan dalam kes dana RM2.6 bilion dan skandal SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Malaysiakini

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menolak tanggapan bahawa pembunuhan mendiang Timbalan Pendakwa Raya,  Datuk Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan pasukan pendakwaan dalam kes dana RM2.6 bilion dan skandal SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB.

Sebaliknya Datuk Seri Mohd Shukri menegaskan, pembunuhan Kevin Morais berkaitan dengan Ketua Patalogi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Dr Kunasegaran yang berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan harta serta rasuah.

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI