Program Permata Tidak Akan Diteruskan?

TULAR:
660

PENJELASAN :

Timbalan Perdana Menteri memperjelaskan dakwaan bahawa Program Permata tidak akan diteruskan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Program Permata akan diteruskan.

Menurutnya, kerajaan melihat ia sebagai program baik dan tidak salah ia diteruskan demi perkembangan berkesan kanak-kanak di negara ini.

Bagaimanapun,  kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, program itu akan dinilai dan diaudit kembali bagi menambah baik dan memperbaiki sekiranya ada kelemahan dalam program tersebut.

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI