Waspada Kegiatan Penyamaran Sebagai Penjawat Awam

TULAR:
456

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kegiatan penyamaran sebagai penjawat awam.

Sumber gambar: PDRM.

Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Suspek penyamaran ini kebiasaannya akan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tinggal bersendirian atau pun kepada sekumpulan pelajar atau warga asing yang kurang peka akan persekitaran.

Modus Operandi (MO):

1. Suspek terdiri daripada dua orang atau lebih
2. Suspek akan mensasarkan rumah yang biasanya dihuni warga emas, warga asing dan suri rumah serta kawasan luar bandar.
3. Suspek akan berpakaian biasa atau seakan-akan sama dengan mana-mana jabatan penguatkuasaan lain seperti Polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air yang mana menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta atau berjalan kaki untuk menyamar penjawat awam
4. Suspek akan menggunakan alasan untuk melakukan pemeriksaan rumah mangsa, meter bekalan air dan elektrik ataupun penghawa dingin di rumah
5. Suspek akan bertindak masuk ke rumah mangsa dan mengikat serta mengurung mangsa di dalam bilik sebelum melarikan wang atau harta benda milik mangsa.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI