Majlis Raja-Raja Tidak Bertindak Berhubung Kes 1MDB?

TULAR:
509

PENJELASAN :

Majlis Raja-Raja memperjelaskan laporan bahawa Majlis Raja-Raja tidak bertindak berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Majlis Raja-Raja tidak bertindak berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar.

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, menjelaskan, Ketua Pesuruhjaya, Timbalan dan pegawai kanan SPRM dititahkan menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat yang berkaitan pada 2015.

Susulan pertemuan itu, katanya, satu kenyataan dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian berat terhadap isu 1MDB, mengikut ruang lingkup peranan dan kuasa raja-raja berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

 “Kenyataan ini dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertarikh 6 Oktober 2015.”

SUMBER :


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI