Esscom Tidak Akan Dikekalkan Kerajaan ?

TULAR:
747

PENJELASAN :

Kementerian Dalam Negeri memperjelaskan dakwaan bahawa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak akan dikekalkan oleh kerajaan baharu, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Esscom masih akan dikekalkan selagi tahap keselamatan di negeri itu belum berada pada tahap terbaik. Tambahnya, perintah berkurung di kawasan itu masih diteruskan bagi memastikan tiada ancaman keselamatan serius daripada pihak luar di kawasan berkenaan.

“Kita akan teruskan pengawasan. Ini saya fikir masih perlu, selagi kita rasakan belum cukup selamat, selagi itu Esscom akan dikekalkan. Apa-apa yang mengancam keselamatan negara yang datang daripada pihak mana sekalipun akan kita ambil berat lebih-lebih lagi melibatkan soal penculikan, ancaman kepada nyawa dan rompakan.”

SUMBER :

Kosmo

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI